Latihan Asas Keusahawanan Pelatih GIATMARA Wangsa Maju

23 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20-22 Julai 2020, telah berlangsungnya latihan asas keusahawanan bersama 20 orang pelajar dari GIATMARA Wangsa Maju dengan kerjasama Pusat Internet PPR Seri Semarak dan juga PA DBKL Desa Rejang. Bagi mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 3 sesi dan setiap sesi terhad kepada 1 jam sahaja.

Latihan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang asas-asas keusahawanan yang perlu diketahui sebelum memulakan perniagaan. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah mengenalpasti produk dan pelanggan, platform media sosial yang boleh digunakan untuk tujuan pemasaran dan juga teknik menyunting gambar menggunakan laman web Canva. Secara keseluruhannya, para pelajar berpuas hati dengan perkongsian ilmu keusahawanan yang dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali